2 Ramuan Penting untuk Impak Segera
PENUH KEBAIKAN SEGERA

SEMENANJUNG
HARGA AHLI: RM30 | PENGGUNA: RM40 | 10 BV

SABAH & SARAWAK
HARGA AHLI: RM31 | PENGGUNA: RM41 | 10 BV

VMiracle Spray adalah cecair campuran air garam bukit, air mineral tasik masin, cuka buah, jus delima dan air zam-zam. Ianya diperkayakan kebih 83 jenis mineral organik yang sangat diperlukan oleh badan kita. Ianya diadun tanpa pemanasan untuk mengekalkan khasiat mineralnya.

Semburkan cecair VMiracle Spray 3 kali ke dalam mulut 5-10 minit sebelum dan selepas makan. Sebaik-baiknya disembur 1 kali dibawah lidah dan 2 kali di atas lidah. Apabila semburan di atas lidah bercampur dengan air liur di dalam mulut, ratakan campuran tersebut keseluruh mulut termasuk keseluruh gusi dan dinding pipi. Ianya dapat membantu memulihkan luka-luka kecil pada gusi dan dinding pipi. Rasanya yang masin dan masam akan menolong kelenjar-kelenjar untuk mengeluarkan enzim-enzim sebelum makanan masuk ke dalam mulut.

Semburan di bawah lidah adalah untuk memberi isyarat kepada saraf-saraf yang berada di bawah lidah bahawa ada makanan akan dimasukkan ke dalam mulut dan dapat merangsang dan merembeskan enzim-enzim tertentu yang ada di dalam mulut.

Ianya juga dapat membantu memberi isyarat untuk merembeskan enzim-enzim di dalam perut agar bersedia untuk menerima makanan di dalam perut. Ini dapat melengkapkan proses pencernaan atau penghadaman makanan di dalam perut seterusnya dapat meningkatkan lagi peratusan penyerapan khasiat makanan yang kita makan.

VMiracle Spray juga boleh digunakan sebagai perasa yang sihat dan berkhasiat kepada makanan atau buah-buahan yang kurang masin atau masam.

GARAM BUKIT
Nabi s.a.w turut mengamalkan pengambilan garam dalam kehidupan seharian baginda. Setiap kali keluar mengembara, baginda akan mengambil secubit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Tujuannya adalah bagi menstabilkan fungsi badan supaya serasi dengan persekitaran baru, dan meningkatkan daya imun tubuh.

Beberapa hadis yang menangkan tentang garam, daripada Abdullah bin Umar “Sesungguhnya Allah menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam.”

Daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam. Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam.”

Menurut hadis riwayat Al – Bazzar, Rasulullah s.a.w. pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum dan makan.

Baginda berkata yang bermaksud: “Sesiapa yang memulakan minum dan makan dengan memakan secubit garam, Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit, antaranya ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh Allah sahaja.”

Dalam Hadis riwayat Al – Bazzar juga turut menjelaskan tentang cara pengambilan garam mengikut sunnah, guna ibu jari dan jari telunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam.

Selain daripada menjadi sumber mineral, garam juga adalah penawar malah garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

CUKA KURMA
Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit).

Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 – 909.

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.

Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

JUS DELIMA
Di dalam jus buah Delima terkandung Vitamin A, C, E dan beberapa mineral penting seperti Kalsium, Fosfor, Zat besi, Asam folat, Thiamin, Riboflavin , Niasin , Omega 5 dan serat yang tinggi.

Di antara khasiat jus delima adalah melancarkan dan menstabilkan peredaran darah,mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada tahap normal, memperkuatkan sistem penghadaman, membuang lemak-lemak berlebihan, meningkatkan tenaga, mencantikkan dan mencerahkan kulit, membantu menyembuhkan penyakit diabetes, boleh meghilangkan kahak dan mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan kekuatan tenaga batin

AIR ZAM-ZAM
Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.

Nabi saw menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).